Popular Post

Posted by : Unknown Monday, 8 September 2014





Pengenalan
            Ujian SEGAK ini dirancang selari dengan tunjang kecergasan yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

Matlamat
         Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang optimum.

Ujian 1: Naik turun bangku

Tujuan: Untuk menilai daya tahan kardiovaskular

Prosedur:
1.   Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
2.   Murid berdiri tegak dengan kaki sebelah diletakkan di atas bangku.
3.   Penguji akan memberikan isyarat "mula".
4.   Murid melakukan pergerakan naik dan turun bangku (kaki kiri naik, kaki
      kanan turun dan sebaliknya).
5.   Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman dengan kadar 96 detik
      seminit selama 3 minit tanpa berhenti.
6.   Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7.   Guru atau murid mengambil kadar denyutan nadi.
8.   Kira kadar denyutan nadi selepas 5 saat tamat perlakuan.
9.   Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
10. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid itu
     dibatalkan.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgl47WD1FOmPth_8jHR5mVDbJgnzojt_LXIpRyofZ5c0NIuy8Qe-RHqU3I-F0Z6Fxuk_cLnQq11uwA4zQ-vWBXIsOxC_v4aXrNnf4HuLVvFQiZkB4elUvdR6LBSnd1-ywrrJrbdu2u0al4/h120/DSC02153.JPG Murid-murid menjalankan Ujian  Naik
                                                                           Turun Bangku
                                            Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiO_DTI7noJxJgQGqa41USGAz4RgnRK4JQC8x-t7tYEbf78HHYIsg8l_Mel9TF1qYOU6E3EXjCsrUghgEo7LFcg35aEX6iOS9rxJZ_owAAF7nF5WI4CG2U5icRwbjXyXyMwEx5prS__qw4/h120/DSC02154.JPG


Ujian 2: Tekan Tubi Suaian

Tujuan: Untuk menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot
              bahu.

Prosedur:
1.  Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh
     tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2.  Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span
     yang tingginya 10 cm.
3.  Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Kiraan satu ulangan lakuan.
4.  Tekan tubi diteruskan sehinggan satu minit. Skor dikira sekiranya murid
     melengkapkan prosedur 1 hingga 3.
5.  Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil kira
     setakat murid berhenti.
6.  Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna
     mengikut arahan 1 hingga 3.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPn9-18CrEQAoMsOO3n8Hcqs_0uzhPy2Y-LmWwihJRbghumZADn20tRq04-6uCeg0noy_Gvshdnynkns2Hxt0CxsxosviPMMgrGwzN5ZVJt2Wb5LYCBqtAFyWoX6mkCvZvivhr0RdcaH4/h120/DSC02148.JPG  Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixlj_mU_Y9CBIKYKd9RcbcKadoJyPTG8nuK8xakU9sOa4Lrab_QP4JHl5MSAUY35VpiC6W9QzAhTFd3DnvzBCymZjzoO1O3SjT3dML7qpxc-3ANg72kKGkg8mCfojWfvxaxG3XtbZj9rk/h120/DSC02149.JPG
                   Murid-murid manjalankan aktiviti tekan tubi suaian


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Laman Interaktif Pendidikan Jasmani & Kesihatan - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -