- Back to Home »
- Isi Kandungan Pelajaran »
- Pendidikan Kesihatan
Posted by : Unknown
Monday, 8 September 2014
Pertolongan Cemas
➣ Pertolongan cemas
ialah bantuan awal yang diberikan kepada mangsa di
tempat kemalangan sebelum mangsa
mendapatkan rawatan susulan daripada
doktor.
➣ Bantuan awal yang
diberikan kepada mangsa berupaya menyelamatkan nyawa.
➣ Kecederaan boleh
dirawat menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dalam
peti kecemasan dan pesakit akan dirujuk
kepada doktor selepas bantuan
mula diberikan.
Kecederaan Ringan
Kecederaan ringan ialah kecederaan yang kecil dan tidak teruk
seperti luka kecil, calar, lebam dan terseliuh.
(A) Luka kecil dan calar:
Luka kecil dan calar berlaku apabila kulit tergores pada
permukaan yang kasar dan tajam. Keadaan ini menyebabkan darah mengalir ke
permukaan kulit.
Cara-cara memberi bantuan:
(1) Hentikan pengaliran
darah.
(2) Cuci luka atau
calar-calar dengan air yang bersih.
(3) Gunakan antiseptic
untuk mencegah pembiakan bacteria. Sapukan ubat
dengan kain kasa. Balut atau tutup luka dengan menggunakan plaster
berubat.
dengan kain kasa. Balut atau tutup luka dengan menggunakan plaster
berubat.
(B) Lebam:
Lebam berlaku disebabkan terkena hentakan. Bahagian yang
cedera menjadi bengkak dan berwarna biru kehitaman. Keadaan ini mengakibatkan
saluran darah di bawah kulit tercedera.
Cara-cara memberi bantuan:
(1) Tekapkan ais yang
dibalut dengan kain bersih pada bahagian yang tercedera.
(2) Sentiasa menukar
bahagian cedera pada kain bersih.
(3) Letakkan tuala suam
pada tempat cedera.
(C) Terseliuh:
Kecederaan ini terjadi apabila ligament di sekeliling sendi
terkoyak atau tercedera. Bahagian yang terseliuh menjadi bengkak dan lebam.
Cara-cara memberi bantuan:
(1) Tanggalkan kasut.
(2) Tekapkan ais yang
dibalut dengan kain bersih pada bahagian yang tercedera.
(3) Tinggikan anggota
badan yang tercedera.