- Back to Home »
- Maklumat Am »
- Keburukan Makan Makanan Ringan Kepada Kanak-Kanak
Posted by : Unknown
Monday, 8 September 2014
Makanan ringan sangat mudah didapati di kedai runcit. Makanan ringan seperti kentang goreng, keropok, dan biskut bersalut coklat sangat digemari oleh kanak-kanak. Terdapat banyak keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak.
Makanan ringan tidak baik untuk kesihatan. Makanan ini banyak
mengandungi bahan pengawet, pewarna, dan perasa tiruan. Bahan-bahan ini tidak
mempunyai zat untuk membantu pembesaran kanak-kanak. Kanak-kanak tidak
mengetahuinya kerana tidak dinyatakan pada label pembungkus makanan tersebut.
Makanan ringan juga boleh merosakkan gigi kanak-kanak. Pewarna makanan ringan ini melekat pada gigi dan lidah kanak-kanak. Lebihan gula dalam makanan ini juga berbahaya kepada gigi. Kelalaian memberus gigi memburukkan lagi masalah ini kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak hari ini lebih terdedeh kepada pelbagai jenis
penyakit yang dihadapi oleh orang dewasa. Kanak-kanak mudah diserang penyakit
darah tinggi dan kencing manis.Ada juga yang menghadapi masalah obesiti atau
kegemukan. Hal ini kerana,pengambilan makana ringan yang berlebihan tanpa
mengira masa dan tempat.
Makanan ringan berjaya mempengaruhi berjimat cermat
kanak-kanak. Meraka sering menghabiskan duit saku untuk membeli makanan ringan.
Hal ini kerana, mereka terpengaruh dengan iklan makanan ringan di televisyen.
Baki duit saku sekolah yang sepatutnha disimpan, digunakan untuk membeli
makanan ringan.
Sesungguhnya, makanan ringan banyak keburukannya. Ibu
bapa perlu memantau tabiat makan anak-anak agar meraka tidak ketagihan makanan
ringan. Sebaik-baiknya, galakkan anak-anak memakan buah-buahan daripada makanan
ringan.